Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzik maqam tarik minat anak muda Iraq

    BAGHDAD – Di sebuah bangunan lama berhampiran Sungai Tigris yang merentasi Baghdad, persembahan muzik mingguan daripada pemuzik maqam Iraq menceritakan para pendengar kisah nostalgia tentang kehidupan seharian masyarakat dahulu di ibu kota Iraq.

    Di zaman moden ini amat jarang untuk kita melihat golongan muda meminati muzik tradisional, tetapi konsert yang diadakan secara langsung oleh Muzium al-Baghdadi telah mengubah tanggapan tersebut.

    Seorang penyanyi utama muncul di atas pentas diiringi oleh kumpulan orkestra yang dianggotai oleh lima orang, bernama Chalghi, memainkan oud, biola, dumbek, dan rebana kecil dipanggil, daff.

    Menari dengan iringan lagu daripada seorang penyanyi, penonton tua dan muda kelihatan sangat tertarik dengan persembahan itu.

    “Kami mempunyai kehadiran penonton yang semakin ramai terutamanya golongan muda.

    Pemuzik membuat persembahan semasa konsert Maqam Iraq di Muzium al-Baghdad di Baghdadi, Iraq. – Xinhua
    Pintu masuk utama ke pentas Muzium al-Baghdadi di Baghdad, Iraq. – Xinhua
    Golongan muda menghadiri konsert Maqam Iraq di Muzium al-Baghdadi. – Xinhua

    “Kemerduan melodi tradisional membuatkan mereka mengingati masa-masa indah di Baghdad,” kata Basim al-Enizi, ketua hal ehwal pelancongan di Muzium al-Baghdadi kepada Xinhua.

    Maqam Iraq, genre muzik maqam Arab, mempunyai himpunan puisi yang kaya dinyanyikan dalam bahasa Arab klasik atau dialek Iraq al-Zuhayri, dan melalui generasi secara lisan.

    Menurut UNESCO, maqam di Iraq, dari segi struktur dan instrumentasi, mempunyai kaitan dengan muzik tradisional di Iran, Turkiye, Azerbaijan, Uzbekistan dan negara-negara lain dari rantau itu.

    Sebaik sahaja penyanyi maqam, Samer al-Asmar menamatkan persembahannya, beliau mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada penonton yang kagum.

    “Kami berbangga dengan keaslian, kekuatan dan pengaruh muzik kami kerana apa yang mempunyai asas kukuh kekal sepanjang masa,” kata al-Asmar.

    Maqam moden atau sistem mod melodi yang menjadi ciri muzik klasik Iraq boleh dikesan sejak zaman Abbasiyah, tetapi sesetengah penyelidik berpandangan ia bermula sejak era Uthmaniyyah.

    Maqam merangkumi pelbagai lagu yang diiringi oleh alat muzik tradisional yang dibangunkan sejak ratusan tahun oleh rakyat Iraq, yang telah mencipta banyak kepelbagaian muzik, menjadikannya arkib besar sejarah muzik Iraq.

    Secara meluas dipercayai seni maqam telah bertahan sejak berabad-abad yang lalu kerana penggunaannya dalam beberapa aktiviti keagamaan serta dalam perhimpunan keluarga, kedai kopi, dan teater, dan malah di rumah pada majlis-majlis sosial.

    Bagaimanapun, maqam tidak begitu popular di kalangan orang muda kerana jarang diketengahkan di saluran TV Iraq dan radio di tengah-tengah ledakan besar-besaran lagu moden.

    Namun begitu, golongan muda semakin dapat dilihat di konsert maqam, di mana ada tertarik dengan melodi tradisional membuatkan mereka berasa bangga dengan warisan purba mereka dan berasa nostalgia untuk mengimbau kembali kenangan di Baghdad.

    Hazim al-Lami, memberitahu selepas konsert itu bahawa muzik dan lagu maqam membuatkan dia berasa teruja dan mengingati zaman indah Baghdad.

    “Ia sangat bagus, maqam membuatkan saya berasa seperti berada di dunia lain,” kata al-Lami. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda