Thursday, May 15, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzik tango rawatan terapi bagi pesakit dialisis

    MONTEVIDEO – Pada usia 85 tahun, warga Uruguay Olga Diaz mengalami kerosakan buah pinggang – dia mulai berasa putus asa mengenai masa depannya yang suram, dan bergantung hidup pada dialisis 12 jam seminggu.

    Namun di klinik di mana dia menerima rawatan, Diaz telah menemui ‘semangat baharu untuk hidup’ disebabkan persembahan tarian tango dan milonga secara langsung.

    “Ia adalah lebih baik daripada ubat-ubatan,” beritahu Diaz kepada AFP dari klinik Diaverum di Montevideo.

    Waktu sudah menunjukkan 9 pagi dan Diaz adalah salah seorang daripada 20 pesakit yang duduk dalam kerusi tangan, semuanya disambung kepada ‘buah pinggang tiruan’ yang membersihkan darah mereka.

    Tiba-tiba bunyi mesin dan jururawat yang berceloteh ditenggelami oleh muzik akordion dan suara nyanyian lagu tango klasik ‘Naranjo en flor.’

    Abril Farolini, Ramiro Hernandez dan Paola Larrama mengadakan persembahan di bilik dialisis di Pusat Diaverum untuk pesakit buah pinggang di Montevideo. – AFP

    Senyuman terukir pada wajah setiap pesakit, termasuk Diaz, yang mengunjungi klinik berkenaan tiga kali seminggu untuk menghabiskan masa empat jam menjalani dialisis.

    “Saya sudah mempunyai satu jadual rutin. Saya melakukan kerja-kerja tetapi dengan semangat baharu,” katanya.

    “Muzik telah mengusik jiwa saya dan mengembalikan kehidupan lama serta keazaman baharu untuk hidup, keceriaan dan ketenangan, yang telah lenyap sebelum ini.”

    Pesakit lain bersetuju bahawa konsert mini yang dianjurkan telah mempertingkat kualiti kehidupan mereka.

    Rafael Gutierrez, 46, berkata muzik ‘menjadikan masa berlalu dengan lebih cepat’ dan membuat rawatan dialisis ‘jauh lebih menyenangkan.’

    Persembahan berlangsung selama 40 minit dan setiap pesakit diberikan tempat duduk barisan depan.

    Penyelidikan saintifik membuktikan bahawa mendengar muzik membantu mengurangkan kerisauan dan stres, selain menstabilkan denyutan jantung dan kadar denyutan nadi.

    Ia juga mempengaruhi bahagian otak yang dikaitkan dengan keseronokan dan kegembiraan dengan merangsang hormon dopamine.

    Faedah terapeutik daripada muzik telah ‘terbukti secara meluas,’ kata pakar neurologi Gerardo Perez, 68, menambah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah ‘bertahun-tahun’ memberikan saranan untuk menggabungkan seni dan budaya dalam sistem kesihatan.

    Berdasarkan sebab itulah dia telah menghabiskan masa berdekad-dekad memainkan muzik tango di akordion untuk pesakit dialisis.

    Namun pada tahun lalu, inisiatif peribadinya diubah menjadi projek ‘Hospital Tango’ yang menganjurkan konsert mini di pusat kesihatan dan hospital.

    Idea tersebut bertujuan mengalih perhatian pesakit buat sementara waktu daripada ‘kebimbangan, penyakit, ketidakpastian, penderitaan’ yang dialami.

    “Sering kali mereka tidak tahu apa diagnosis mereka ataupun apa yang akan berlaku dalam hidup mereka,” ujar Perez.

    Di hospital, ‘mereka mempunyai banyak masa untuk bersendirian, dan selalunya dibelenggu kerisauan.’

    Pemain akordion lain, penyanyi dan pemain gitar juga telah tampil untuk membuat pertunjukan di seluruh Montevideo.

    Menerima inspirasi daripada Pemuzik Sepanyol untuk Kesihatan NGO, kumpulan itu kini berusaha menubuhkan sebuah badan kebajikan, memperluas aktivitinya dan berkembang ke peringkat negara.

    Untuk sekarang, kumpulan itu menumpu pada tango, yang dianggap oleh Perez sebagai ‘warisan budaya dunia,’ akan tetapi misinya mungkin berkembang untuk memasukkan bentuk muzik lain atau teater.

    Sebenarnya ‘mana-mana seni yang bersifat artistik’ akan dipertimbangkan, menurut Perez.

    Dalam sebuah bilik kecil, pemain akordion Abril Farolini, 22, dan Ramiro Hernandez, 35, dan penyanyi Paola Larrama, 37, menyarungkan gaun perlindungan dan memakai pelitup muka.

    Ia adalah satu pengalaman unik bagi pemuzik, dan juga pesakit hospital yang duduk bersebelahan mesin dialisis pada awal pagi.

    Namun menyesuaikan diri dengan persekitaran yang luar biasa ini membuahkan hasil ganjaran yang memuaskan, iaitu memberikan kelegaan kepada penderitaan yang dialami,” kata Hernandez, yang merupakan pengasas Hospital Tango.

    “Ia juga mewujudkan kegembiraan dan hati yang senang,” tambahnya.

    Bagi Larrama pula, ia merupakan satu pengalaman ‘amat mengharukan,’ terutamanya apabila melihat pesakit ‘rela berkongsi pengalaman yang sama.’

    “Ia tidak sama dengan bermain di satu tempat di mana orang datang berjumpa dengan awda,” katanya.

    “Di sini, kami membawa sesuatu kepada mereka, sementara orang mengharungi pengalaman atau perjalanan berlainan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/