Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzik tiba-tiba terhenti, Babymonster selamba teruskan nyanyian live

    Persembahan kumpulan Babymonster ketika menyanyikan lagu Blackpink berjudul As If It’s Your Last semasa konsert yang berlangsung di Jepun pada 11 Mei lalu menarik perhatian ramai.

    Memetik kenyataan mStar, menerusi video tular di media sosial, muzik lagu tersebut tiba-tiba terhenti akibat masalah teknikal ketika kumpulan berkenaan sedang melakukan persembahan.

    Tidak menunjukkan sebarang reaksi panik, sebaliknya kesemua anggota Babymonster dilihat tetap meneruskan nyanyian walaupun tanpa iringan muzik.

    Warganet di ruangan komen memuji kebolehan dan keberanian mereka menyanyi secara live pada usia kerjaya yang masih dianggap mentah.

    Ada juga warganet yang membandingkan kemampuan mereka dengan kumpulan wanita lain yang lebih berpengalaman.

    “Pertama kali saya lihat kumpulan K-pop yang boleh menyanyi live sebaik ini.

    “Baru debut tak sampai setahun tetapi dah boleh menyanyi sebaik ini.

    “Mereka lebih bagus menyanyi daripada kumpulan yang buat persembahan di Coachella hari itu,” komen warganet. – Agensi

    Kebolehan kumpulan Babymonster menyanyi dipuji ramai sejak awal debut lagi. – K-Selection
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda