Oleh Faridah Haji Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN – Pentas Perayaan Muzikarama 3P 2019 dikelolakan oleh persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penggerak Seni (3P) tempatan telah berjaya membuat variati persembahan dengan meriah.
Persembahan Pentas Muzikarama 2019 Persatuan 3P sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 bagi tahun 2019. Acara berlangsung di pentas perayaan di depan bangunan Alat-alat Kebesaran DiRaja, Negara Brunei Darussalam.
Tetamu Kehormat persembahan 3P pada malam tersebut ialah Yang Berhormat, Awang Iswandi bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Puan Dayang Hajah Sa’adiah binti Haji Ghazali ,Yang Di-Pertua Persatuan 3P dan juga turut hadir tetamu khas, Yang Mulia, Tuan Mejar (B) Hj Manaf bin Hj Kamis, Mantan Penasihat Persatuan 3P NBD dan juga hadir AJK tertinggi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dan keluarga 3P.
Acara persembahan itu disambut dengan meriah. Tempat itu dipenuhi oleh penonton-penonton yang menyaksikan persembahan itu.

Sebanyak 21 persembahan telah dibuat memukau para penonton yang dipersembahkan oleh para penyanyi tanah air, pemuisi, barisan pelakon sebagai sumbangan ikhlas demi raja bangsa dan negara.
Persembahan dimulakan dengan lagu pembukaan nyanyian oleh para artis dengan lagu Dirgahayu dan diteruskan dengan penyampaian cendera hati untuk tetamu kehormat yang disampaikan oleh Yang Mulia Puan Dayang Hajah Sa’adiah binti Haji Ghazali.
Selepas itu sesi bergambar beramai-ramai bersama tetamu kehormat, 3P dan lain-lain. Akhir sekali acara itu dihiburkan oleh artis-artis tempatan.
Suharezee menyampaikan lagu laksamana raja di laut dan laila canggung, Hajah Sandy, gelora jiwa, Siti Aishah, lagu ku gembira di samping mu, Abdul Aziz Zikri, lagu kelmarin, diteruskan lagi dengan Pengiran Shamsul Bahri, lagu siapa dihati mu, Hajah Jainah, gitar berbunyi dan Wan Rizqi, lagu seperti mati lampu.
Acara diteruskan dengan persembahan puisi daripada Farizah, Mohammed Asma’e dan Wana iaitu puisi yang bertajuk terasa daulatnya, nukilan Abdullah Tahir.
Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada Utility Band, lagu mereka mengukir bintang dan dia, lagu instrumental, Amour, D’amories dan spare love. Persembahan viola oleh Mohd Izwandy atau dikenali sebagai Tom.
Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan mengadakan kuiz bersama penonton dan dihiburkan dengan persembahan lain.
Akhir sekali, artis-artis tempatan menyanyikan lagu dirgahayu sebagai lagu penutup.
Juruacara pada malam itu ialah Pengacara-Sari Sumardy dan Hajah Jainah.