Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzium Alat Kebesaran Diraja terima kunjungan rombongan Kosovo

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Presiden Republik Kosovo, Puan Yang Terutama Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu dan First Gentleman Prindon Sadriu mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Ketibaan PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu serta rombongan telah dialu-alukan oleh Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad serta isteri, Datin Hajah Binanun binti Haji Bungsu.

    Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

    Semasa lawatan berkenaan, PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu serta rombongan diberikan penerangan oleh Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, mengenai sejarah Muzium Alat Kebesaran Diraja dan juga alat-alat kebesaran yang menunjukkan kepelbagaian kreativiti hasil kraf tangan Melayu di Negara Brunei Darussalam.

    Semasa lawatan berkenaan, Puan Yang Terutama serta rombongan juga berpeluang menyaksikan persembahan tarian kebudayaan tradisional dan persembahan gulintangan.

    Lawatan Puan Yang Terutama ke Muzium Alat Kebesaran Diraja merupakan sebahagian daripada program lawatan negara yang lebih meluas ke Negara Brunei Darussalam yang telah bermula pada 4 hingga 6 Mei.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan cenderamata kepada PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu dan rombongan menyaksikan persembahan tarian tradisional. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu semasa mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda