NEW YORK, 16 OGOS – Muzium, galeri seni dan institusi kebudayaan lain di New York dibenarkan dibuka semula mulai 24 Ogos, kata gabenor Andrew Cuomo selepas ditutup lima bulan disebabkan koronavius.
Bagaimanapun, pemakaian penutup mulut dan hidung diwajibkan, masa tiket berlainan dan hanya 25 peratus jumlah pengunjung, kata beliau di Twitter.
Pembukaan itu tidak termasuk tempat pertunjukan seni, yang masih ditutup sehingga akhir tahun. Muzium Metropolitan Seni di New York, yang biasanya mengalu-alukan tujuh juta pelawat setahun, berkata ia akan dibuka semula pada 29 Ogos.
Muzium Seni Amerika Whitney akan dibuka semula pada 3 September sementara Muzium Seni Moden masih belum mengumumkan tarikh pembukaan semula. – AFP