NAPLES –Diego Maradona merupakan pemain bola sepak teragung pada abad ke-20, namun bagi sesetengah orang (orang Inggeris), dia merupakan seorang penipu. Walau bagaimanapun di Itali, dia akan sentiasa menjadi penaung Naples.
Di Naples, terdapat sebuah muzium Maradona yang terdapat di dalamnya benda-benda yang sangat menarik dipamerkan. Salah satu tarikan yang menarik ialah kasut bola sepak sebelah kiri yang telah membuat jaringan pada separuh akhir Piala Dunia pada tahun 1986, perlawanan antara Argentina dan Belgium di mana dia telah menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.
Di sana juga terdapat sijil kontrak pertamanya bersama Napoli dan juga sofa pertama apartmennya di Naples yang juga pernah diduduki oleh penyanyi Julio Islesias.
Perpindahan Maradona ke Napoli dari Barcelona merupakan satu rekod dunia dengan bayaran AS$10.48 juta pada bulan Julai 1984.
Semasa dia berada di Catalonia, ia merupakan hari-hari yang sukar baginya. Dia bertahan selama tujuh tahun, mengetuai pasukan tersebut untuk meraih kemenangan pertama dalam perlawanan Serie A pada musim 1986-1987.
Mereka berjaya memenanginya selepas tiga tahun kemudian, selain itu mereka juga memenangi kejohanan Copa Italia, Piala Eropah dan Piala Super Itali.
Ia merupakan zaman kegemilangan buat Napoli dan sukar untuk pasukan Napoli untuk mengulang kembali detik-detik tersebut, jadi tidak hairanlah jika peminat Napoli mencari-cari Muzium yang memperingati detik-detik kegemilangan tersebut.
Muzium Massimo Vignati merupakan satu-satunya muzium yang mempamerkan tentang kehidupan Maradona semasa dia bermain bola sepak untuk Napoli.
Ia tidak muncul di mana-mana peta Naples, juga tidak ada dalam panduan perjalanan. Tiada bayaran yang dikenakan untuk memasuki Muzium tersebut. Namun, ruang bawah tanah bangunan tipikal di Secondigiliano, sebuah kawasan kejiranan yang susah di utara bandar, menempatkan segala-galanya tentang Diego.
Ia adalah tentang kehidupan Maradona yang menarik dengan gambar-gambar, panji-panji, bola dan baju, sesetengahnya dicuci atau ditandatangani olehnya dan sesetengahnya tidak.
Bagi mereka, sesetengah benda hampir disamakan dengan peninggalan suci – bangku cadangan di mana Maradona menyalin pakaian di Stadium San Paolo dan K-Way yang memaparkan lagu yang mengasyikkannya sambil beliau mengimbangi bola hingga ke lagu ‘Live is Life’ semasa melakukan pemanasan badan yang luar biasa sebelum menentang Bayen Munich pada tahun 1989.
Pada masa ini, koleksi tersebut akan dikekalkan dalam keluarga, sama ada di San Paolo atau di bilik bawah tanah buat Vignati.
“Saya boleh hidup mewah jika saya menjual bilik bawah tanah dengan semua tawaran yang dibuat kepada saya,” kata Vignati.
Tambahnya, “Namun semua ini merupakan memori saya bersama ayah dan keluarga saya, tiada satu benda pun di sini akan dijual. Ia merupakan sebuah tempat untuk mendedikasikan seseorang yang kami cintai sebagai seorang abang. Bagi kami, Diego adalah abang yang ke-12 kami.”
Musim ini, Napoli telah berjaya memasuki pusingan ke 16 terakhir Liga Juara-juara Eropah tetapi mereka sedang bergelut di dalam liga Serie A. Para penyokong hanya boleh berangan-angan untuk kembali ke zaman kegemilangannya.
“Dengan segala yang sedang berlaku, mesti ada Maradona, yang mengambil kesemuanya untuk diri sendiri,” kata Massimo.
“Dia merupakan anak Napoli, dia adalah salah seorang dari masyarakat di sini, kami menjumpainya dalam dirinya,” tambahnya.
“Jika dia datang, terdapat lebih 90,000 orang di dalam stadium. Maradona… walaupun kamu bercakap dengan anak-anak pada hari ini, mereka tahu tentangnya. Dia selalu ada dalam darah orang Napoli,” katanya sambil terkenangkan zaman kegemilangan Napoli. – AFP