TAEZ, YAMAN, 29 SEPT – Hujan lebat telah mencetuskan perobohan sebahagian Muzium Nasional di bandar ketiga Yaman Taez, dalam kehilangan warisan kebudayaan terbaharu negara selepas peperangan bertahun-tahun lamanya.
Ditubuhkan sebagai istana Ottoman, seterusnya kediaman untuk salah seorang raja terakhir Yaman, bangunan itu menjadi sebuah muzium pada 1967 tetapi telah dibom sejak itu dan koleksinya dicuri.
Ia dipulihkan sebahagiannya pada 2019 tetapi banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan dewan depan roboh pada minggu lalu, dengan wajah dan bilik di dalamnya musnah.
“Salah satu pintu masuk telah roboh akibat hujan lebat yang menimbulkan ancaman kepada semua tapak budaya dan sejarah,” beritahu pengarah muzium Ramzi al-Damini kepada AFP, menggesa komuniti antarabangsa supaya campur tangan untuk melindungi warisan Yaman itu.
Konflik berdarah berusia lima tahun membabitkan tentera prokerajaan, disokong oleh gabungan tentera pimpinan Saudi bertempur dengan pemberontak Huthi yang telah menawan sebahagian besar kawasan utara negara, termasuk ibu negara Sanaa. – AFP
