Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MV lagu Siti Nurhaliza disangka dirakam dalam gereja

    Muzik Video (MV) terbaharu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis menerima pelbagai reaksi penonton antaranya mengenai lokasi penggambaran MV berkenaan.

    Menerusi perkongsian video disebalik tabir yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata warganet terkejut melihat rakaman tersebut yang pada mulanya dianggap dilakukan di sebuah gereja.

    Dalam perkongsian mStar, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dilihat menggayakan busana rona kuning dan diiringi beberapa orang wanita yang masing-masing duduk di barisan kerusi.

    Bagaimanapun, difahamkan lokasi penggambaran muzik video tersebut dilakukan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    “Terkejut aku, ingat sembahyang di gereja tadi. Adoi!

    Warganet memberi pelbagai reaksi berbeza terhadap muzik video Magis. – mStar

    “Kerusi itu macam di gereja. Mujur aku baca komen dulu.

    “Betul-betul nampak macam dalam gereja,” tulis warganet.

    Untuk info, bangunan dan hiasan dalaman ISTAC diinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Maghribi.

    Seni bina itu dipilih sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu.

    Institut berkenaan didirikan oleh Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda