Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MWNBD teruskan majlis tadarus

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), hari ini, meneruskan lagi majlis tadarus di kediaman Naib Yang Di-Pertua II MWNBD, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Mohd Ali, di Jerudong.

    Majlis berkenaan turut disertai oleh lebih 70 orang ahli daripada 13 buah persatuan terdiri daripada Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Badan Kebajikan Isteri Pegawai-pegawai Kerajaan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI), Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait (PKP) dan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).

    Hadir sama menyertai majlis itu ialah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Persatuan Kebajikan Gabungan Wanita Daerah Tutong (PERGANITA), Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA), Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), Persatuan Wanita Kampung Junjongan (PEWAJA) Persatuan Nurul Islam (PNI) dan Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI).

    Turut hadir, naib yang di-pertua 1, yang di-pertua dan timbalan-timbalan yang di-petua daripada persatuan yang bergabung dengan MWNBD, ketua pesuruhjaya pandu puteri dan para jemputan daripada ahli-ahli BASMIDA.

    Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Datin Hajah Dayang Masni seterusnya majlis tadarus dari juz 6 secara bergilir-gilir oleh Ahli Lembaga Tadbir MWNBD dan diikuti oleh wakil-wakil persatuan.

    Majlis kemudian diselajurkan dengan bacaan tahlil diketuai oleh Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab dan doa tahlil dibacakan oleh Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

    Manakala Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar, yang juga menjadi pentasmek bacaan.

    Antara yang hadir pada majlis tadarus di kediaman Naib Yang Di-Pertua II MWNBD di Jerudong.- GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda