Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Seramai 15 orang ahli My Star Group dari Kota Kinabalu, Sabah telah mengadakan kunjungan muhibah ke negara ini, baru-baru ini.
Kedatangan rombongan yang diketuai oleh Pengurus My Star Group, Masdor bin Diman pada 12 Ogos lalu telah dialu-alukan oleh Pengerusi Semantara Santai-santai Otai, Haji Othman bin Ibrahim.
Dalam lawatan itu, rombongan juga diraikan pada majlis makan malam di Restoran Pujangga, Sungai Akar yang diteruskan dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua belah pihak.
Antara tujuan lawatan yang pertama kalinya ke negara ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak seterusnya bertukar pandangan ke arah meningkatkan kerjasama kedua belah pihak.