YAGON, 3 JUN – Myanmar sedang berusaha untuk memulihkan tasik lama dari zaman purba di tapak arkeologi terkenal yang dipanggil Bagan di Wilayah Mandalay, lapor saluran televisyen rasmi negara MRTV hari ini.
Laporan itu, yang merujuk kepada U Kyaw Myo Win, pengarah dari Jabatan Arkeologi dan Muzium Negara di Bagan, berkata kerja-kerja pemulihan akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan fasa pertama memfokuskan untuk memulihkan tasik yang merupakan sebahagian daripada laluan air semasa era Bagan.
Kerja-kerja pemulihan itu bertujuan untuk mengelakkan banjir semasa musim hujan dengan membiarkan air mengalir dengan baik, kata laporan itu.
Setakat ini, 19 tasik purba telah dipulihkan dan lima lagi tasik sedang menjalani pemulihan, kata laporan itu.
Laporan itu berkata terdapat lebih 90 tasik purba secara keseluruhan di tapak arkeologi itu, dan 46 daripadanya dirancang untuk dipulihkan dalam fasa pertama ini. – Xinhua
