YANGON, 26 JUN – Pihak berkuasa junta Myanmar berkata mereka telah membakar hampir setengah bilion dolar nilai dadah haram hari ini, namun menegaskan mereka gagal menghentikan lonjakan pengeluaran dan pengedaran narkotik.
Timbunan heroin, ganja, meth dan candu yang tinggi telah dibakar di hab komersial Yangon, kata wartawan AFP, dalam pertunjukan tahunan sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram.
Pembakaran dadah di tempat lain di negara itu juga disiarkan dalam televisyen, dengan sejumlah AS$446 juta narkotik sudah dimusnahkan, menurut pegawai junta.
Tetapi dalam pengakuan yang jarang berlaku, ketua Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah Myanmar berkata usahanya untuk menumpaskan perdagangan berbilion dolar itu tidak memberi kesan. – AFP

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

