Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar banci 20 bandar

    YANGON, 2 OKT – Junta Myanmar kelmarin mengumumkan bahawa ia telah memulakan banci perintis di 20 perbandaran di seluruh negara yang berpecah belah itu, satu langkah yang dikatakan pengkritik akan digunakan untuk meningkatkan pengawasan terhadap pihak-pihak yang menentang rejim.

    Tentera telah membenarkan rampasan kuasanya pada 2021 dengan tuduhan tidak berasas mengenai penipuan yang meluas dalam pilihan raya 2020 yang dimenangi dengan jelas oleh Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan orang awam, Aung San Suu Kyi.

    Pegawai-pegawai junta berkata banci kebangsaan mesti dilakukan sebelum pilihan raya baharu, yang dibayangkan kerajaan mungkin akan diadakan pada 2025.

    “Kami akan menjalankan bancian dari 1 hingga 15 Oktober, di 20 perbandaran terpilih di Naypyidaw dan negeri-negeri serta wilayah-wilayah lain,” menurut kenyataan itu, merujuk kepada ibu kota yang dibina tentera tetapi tanpa menyatakan kawasan mana yang akan terlibat.

    “Kesemua 20 perbandaran ini akan menjadi sampel,” katanya.

    Media negara melaporkan bancian tersebut telah bermula di wilayah Karen, Bago dan Mandalay.

    Tidak ada petunjuk dari pihak tentera mengenai kawasan mana dalam wilayah-wilayah tersebut, yang semuanya telah mengalami pertempuran antara junta dan penentangnya baru-baru ini, bancian akan dijalankan.

    Ia berlaku menjelang bancian seluruh negara pada 2024, menurut media negara. – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda