Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar bebaskan eksekutif pasar raya Jepun

    TOKYO, 13 OGOS – Seorang eksekutif pasar raya Jepun yang dipenjara di Myanmar sejak Jun telah disabitkan berhubung harga beras yang tinggi tetapi dibebaskan, Tokyo mengesahkan hari ini.

    Media kerajaan menyalahkan fenomena cuaca El Nino dan pengumpul pasaran atas kenaikan harga beras di Myanmar, tetapi penganalisis berkata pergolakan awam dan kegawatan ekonomi sejak rampasan kuasa tentera 2021 sebagai faktor utama.

    Hiroshi Kasamatsu, Pengarah Aeon Orange, yang mengusahakan beberapa pasar raya di hab komersial Yangon, telah ditahan pada akhir Jun berikutan siasatan pihak berkuasa junta terhadap kilang-kilang padi dan pasar raya.

    Kelmarin, jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata bahawa Kasamatsu telah ‘dibebaskan,’ tanpa memberikan butiran sama ada dia telah disabitkan dengan sebarang jenayah atau jika dia akan dihantar pulang.

    Kementerian Luar Jepun berkata dia telah “disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara setahun… kerana melanggar undang-undang mengenai keperluan dan perkhidmatan harian.

    “Kami sedar dia telah dibebaskan dan tiada masalah tertentu dengan kesihatannya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada AFP. – AFP

    Gambar menunjukkan pasar raya Aeon Orange di Yangon, Myanmar pada Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda