Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar belum selamat untuk Rohingya: PBB

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 14 Feb – Myanmar telah gagal untuk meletakkan syarat keselamatan yang diperlukan bagi menyambut ketibaan 688,000 pelari Rohingya yang melarikan diri dari serangan tentera enam bulan lalu, menurut ketua pelarian bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Pelarian berteduh di kem-kem sementara di Bangladesh meskipun perjanjian yang dicapai antara Myanmar dan Bangladesh membolehkan mereka kembali ke rumah mereka di negeri Rakhine.

    “Biar saya jelaskan: situasi tidak cukup kondusif untuk melaksanakan program penghantaran pulang secara sukarela pelarian Rohingya,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB, Filippo Grandi semasa mesyuarat Majlis Keselamatan (UNSC) menerusi sidang video dari Geneva.

    “Punca yang menyebabkan mereka melarikan diri juga masih belum ditangani dan kami juga masih belum melihat usaha untuk menangani isu hak asasi yang mereka hadapi serta masalah kewarganegaraan yang sudah berlarutan sejak sedekad lalu.”

    Gambar fail pada 23 Januari 2018, seorang pelarian Rohingya menyeberangi terusan berhampiran di kawasan penempatan pelarian di daerah Bandadarban, Tombru di Bangladesh. PBB telah menyatakan bahawa Myanmar belum mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diperlukan bagi menyambut ketibaan 688,000 pelarian Rohingya. – AFP

    Kerajaan Myanmar menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang dari Bangladesh dan menafikan hak kewarganegaraan mereka, walaupun sudah tinggal di negara itu selama beberapa generasi.

    Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Nikki Haley menggesa majlis itu untuk memastikan tentera Myanmar dipertanggungjawabkan terhadap kempennya terhadap Rohingya, berikutan kejadian pembunuhan, pembakaran kampung, perkosaan dan pengebumian besar-besaran.

    “Majlis ini mesti mengesa pihak tentera untuk bertanggungjawab atas tindakan dan memberi tekanan kepada Aung San Suu Kyi untuk mengakui perbuatan mengerikan ini yang berlaku di negaranya. Tidak ada alasan lagi,” kata Haley.

    PBB telah menuduh Myanmar menjalankan kempen pembersihan etnik dengan memaksa warga Muslim Rohingya melarikan diri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda