Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar beri amaran dalang jenayah siber asing selepas usir 1,000 penipu

    PHNOM PENH, 28 NOV – Myanmar mengusir lebih 1,000 warga asing yang terbabit dalam penipuan dalam talian dan memberi amaran negara itu akan terus memburu
    dalang jenayah siber, menurut media rasmi.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Myanmar, Mejar Jeneral Toe Yi berkata kerajaannya berjaya mengenal pasti dan mengusir 1,242 warga asing ke negara asal mereka antara 1 Januari 2022 hingga 22 November 2024, lapor The Global New Light of Myanmar.

    Berita itu muncul selepas Bangkok Post pada Isnin melaporkan yang pegawai keselamatan Thailand menyelamatkan 39 warga asing dipercayai menjadi mangsa pusat panggilan di sepanjang sempadannya.

    Seramai 32 rakyat Sri Lanka, lima Nepal, seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Rusia melarikan diri dari pusat penipuan itu, menurut akhbar berkenaan.

    “Myanmar sedang giat berusaha mengenal pasti dan mengusir warga asing yang memasuki negara itu secara haram, terutamanya mereka yang terlibat dalam operasi penipuan dalam talian.

    “Tindakan ini diambil selaras dengan undang-undang, prosedur yang ditetapkan serta prinsip saling menghormati dan pertimbangan kemanusiaan,” kata Toe Yi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda