Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Myanmar buat permohonan maaf kepada Thailand

    BANGKOK, 1 JULAI – Thailand hari ini berkata negara jirannya, Myanmar telah mengemukakan permohonan maaf selepas salah sebuah jet pejuangnya merentasi ruang udara Thailand, memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan beratus-ratus murid sekolah dan mengerahkan jet pejuang ke kawasan itu.

    Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-Cha berkata Thailand tidak mahu memburukkan keadaan, pada kejadian yang berlaku kelmarin di daerah Phop Phra di wilayah Tak, Thailand. Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan penduduk kampung dan murid sekolah di kawasan itu. Lebih 200 murid sekolah rendah dan menengah di bawa ke tempat selamat.

    Video yang didapatkan oleh The Associated Press menunjukkan sebuah jet pejuang MiG-29 mengelilingi ruang udara Thailand sebelum melepaskan tembakan di kawasan Myanmar. Tentera Myanmar sedang bertempur dengan kumpulan gerila etnik Karen di berhampiran kawasan sempadan Thailand.

    “Atase tentera dari kedua-dua buah negara sudah mengadakan rundingan, menteri-menteri luar kami sudah berbincang. Perkara ini mungkin dilihat sebagai insiden serius, namun ia terpulang kepada kami sekiranya mahu memburukkan keadaan. Ketika ini kedua-dua belah pihak menikmati hubungan yang baik dan dapat membuat rundingan,” Prayuth memberitahu wartawan.

    Beliau menambah bahawa “perkara yang paling penting ialah kami mempunyai kebolehan untuk mempertahankan kedaulatan kami. Kami juga perlu merancang untuk mengukuhkan dan memodenkan pertahanan kami untuk masa hadapan. Ia bukan isu besar.”

    Tentera udara Thailand telah mengerahkan dua jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat ke kawasan di mana MiG-29 dilihat terbang. Pihak berkuasa tentera Thailand berkata jet Myanmar telah memberikan bantuan udara kepada tentera dalam operasi lapangan di Myanmar yang diadakan beberapa kilometer dari kawasan sempadan.

    Thailand berkata lebih 500 orang merentas sempadan memasuki Thailand semasa insiden tersebut. – AP

    Imej menunjukkan sebuah jet pejuang milik tentera Myanmar terbang di wilayah Tak, Thailand. Thailand berkata, Myanmar telah mengemukakan permohonan maaf selepas salah sebuah jet pejuangnya merentasi ruang udara Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...