YANGON, 2 Nov – Myanmar merancang untuk membuka sebuah universiti perikanan pada tahun 2018, yang bertujuan untuk membangunkan sektor perikanan negara, demikian laporan Global New Light of Myanmar yang dilaporkan hari ini.
Bekerjasama dengan kementerian yang berkaitan, universiti itu akan ditubuhkan sebagai institusi akademik dengan piawaian yang tinggi, kata Dr Toe Nandar Tin, naib pengerusi Persekutuan Perikanan Myanmar.
Pada masa ini, pihak berkuasa berusaha untuk membangunkan industri perikanannya dengan mengubah kaedah pembiakan ikan secara tradisional menjadi moden dengan bantuan teknikal asing.
Untuk membangunkan sektor perikanannya, Myanmar juga menjalankan penyelidikan perikanan di perairan wilayah negara dengan bantuan kapal penyelidikan asing untuk menyusun statistik spesies ikan terancam dan untuk membantu mengembalikan sumber ikan. – Xinhua