Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar catat 7 kes baharu

    YANGON, 24 APRIL – Myanmar mencatatkan tujuh lagi kes positif COVID-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan 139 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Kesihatan dan Sukan.

    Semua kes baharu itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit. Menurut kementerian sembilan lagi pesakit dibenarkan discaj.

    Sehingga kini, Myanmar melaporkan lima kematian sejak wabak COVID-19 pertama kali dikesan di negara ini pada 23 Mac. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda