Sunday, February 9, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar catat peningkatan pelancong asing

    YANGON, 4 APRIL – Ketibaan pelancong antarabangsa ke Myanmar meningkat 288 peratus pada Februari dari tahun-ke-tahun, menurut Kementerian Hotel-hotel dan Pelancongan, hari ini.

    Myanmar mengalu-alukan 50,181 orang pelancong pada Februari tahun ini, berbanding hanya 12,925 orang yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, menurut angka dikongsikan oleh kementerian tersebut.

    Pada Februari tahun ini, 22,623 orang pelancong tiba ke Myanmar melalui udara. Seramai 11 pengembara tiba dengan menaiki kapal persiaran dan 27,547 memasuki negara ini melalui sempadan darat, menurut data yang dikeluarkan. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda