Sunday, April 27, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar eksport hampir 1.7 juta tan jagung

    YANGON, 4 JUN – Myanmar mengeksport hampir 1.7 juta tan jagung dalam tempoh sembilan bulan antara September tahun lepas dan Mei tahun ini, kata Persatuan Pedagang Biji-bijian Plus, Kacang, Jagung dan Bijan Myanmar (MPBMSMA) kelmarin.

    Musim jagung 2022 negara bermula pada September tahun lepas. Dalam tempoh sembilan bulan, Myanmar menghantar lebih 1 juta tan jagung melalui laut, manakala ia mengeksport hampir 600,000 tan ke Thailand dan kira-kira 50,000 tan ke China melalui sempadan darat.

    Negara Asia Tenggara itu telah menetapkan sasaran untuk mengeksport lebih dua juta tan jagung pada tahun fiskal 2023 hingga 2024, menurut Persatuan Perindustrian Jagung Myanmar. Myanmar mengeksport jagung ke beberapa negara, termasuk Thailand, Vietnam, China, Filipina dan Malaysia.

    Di Myanmar, lebih dua juta ekar tanah digunakan untuk menanam jagung. Setiap tahun, negara menghasilkan 3.2 juta tan jagung. Sekitar 70 peratus jagung ditanam semasa musim hujan, manakala baki 30 peratus ditanam pada musim sejuk. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda