YANGON, 29 Jun – Myanmar tidak melakukan dengan secukupnya untuk mengatasi penyeludupan manusia, menurut laporan Jabatan Negara AS yang menurun taraf pengkadarannya kepada tingkat paling teruk.
Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) tahunan berkata Myanyar merosot dalam indeks orang yang diseludup kepada Tingkat 3 kerana gagal melindungi penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri daripada tindakan keras tentera di negeri Rakhine.
Lebih daripada 700,000 Rohingya melarikan diri untuk melepaskan diri daripada tindakan balas tentera ekoran serangan oleh militan ke atas pos polis pada Ogos 2017. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat telah berkata keganasan adalah bersamaan dengan “penghapusan kaum.”
Kebanyakan penduduk Rohingya yang melarikan diri telah tinggal di kem pelarian di negara jiran Bangladesh.
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada penyeludup, kata laporan. Penduduk Rohingya ‘menjadi mangsa eksploitasi, atau dihantar ke negara lain untuk tujuan penyeludupan seks, kesan daripada kehilangan tempat tinggal mereka,” katanya. -AFP