Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar halang lelaki kerja di luar negara

    YANGON, 3 MEI – Junta Myanmar menggantung pengeluaran permit lelaki bekerja di luar negara, beberapa minggu selepas memperkenalkan undang-undang kerahan tentera yang menyebabkan ribuan meninggalkan negara itu.

    Junta yang bergelut untuk menumpaskan penentangan bersenjata secara meluas terhadap pemerintahannya pada Februari lalu, berkata ia akan menguatkuasakan undang-undang bagi membolehkannya mengerah lelaki untuk berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya dua tahun.

    Tindakan itu menyebabkan ribuan rakyat beratur mendapatkan visa di luar kedutaan asing di Yangon, selain terdapat individu melarikan diri ke Thailand.

    Kementerian Buruh ‘menggantung sementara’ permohonan daripada lelaki yang ingin bekerja di luar negara, kata kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.

    Langkah itu diperlukan untuk ‘memberikan lebih banyak masa bagi mengesahkan proses pelepasan serta beberapa isu lain,’ katanya tanpa memberikan butiran.

    Lebih empat juta warga Myanmar bekerja di luar negara pada 2020, menurut anggaran Pertubuhan Buruh Antarabangsa memetik angka daripada kerajaan ketika itu.

    Penganalisis berkata lebih ramai lagi bekerja di luar negara secara haram tanpa dokumen sah. Undang-undang perkhidmatan tentera diperkenalkan junta pada 2010 tetapi tidak dikuatkuasakan.

    Undang-undang itu membolehkan tentera memanggil warganegara lelaki berumur 18 hingga 35 dan wanita berumur 18 ke 27 tahun untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun. – AFP

    Gambar menunjukkan seorang penyelam lelaki sedang bersiap sedia untuk menyelam bagi memulihkan kapal yang karam di Sungai Yangon pada 20 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda