Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar lancar kempen ‘Seorang Pelancong Sebatang Pokok’

    YANGON, 17 JUN – Myanmar telah melancarkan kempen “Seorang Pelancong Sebatang Pokok” yang membenarkan pelancong antarabangsa menanam pokok peringatan untuk menggalakkan pelancongan yang lestari dan bertanggungjawab, kata seorang pegawai daripada Jabatan Promosi Pelancongan kepada Xinhua hari ini.

    Inisiatif yang dilancarkan bersama oleh Kementerian Hotel dan Pelancongan serta Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar itu bertujuan untuk mengurangkan kesan bencana berkaitan iklim, katanya.

    Kempen ini menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan pelancongan, katanya lagi.

    Kempen ini akan diadakan setiap tahun dari Jun hingga November di destinasi pelancongan utama seperti Yangon, Nay Pyi Taw, tapak arkeologi Bagan, Mandalay, Tasik Inle, Pantai Ngwe Saung, dan Pantai Chaungtha, kata pegawai itu.

    Dalam empat bulan pertama tahun ini, Myanmar telah menerima lebih 430,000 pelancong asing, dengan majoriti berasal dari China, diikuti oleh Thailand, melalui pengaturan visa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda