Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Myanmar lapor 1,309 kes demam denggi

    YANGON, 28 JUN – Kementerian Kesihatan Myanmar melaporkan 1,309 kes demam denggi dan tiga kematian dari tempoh 1 Januari hingga 15 Jun tahun ini.

    Angka itu menunjukkan penurunan yang ketara dalam kadar wabak denggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, beritahu pegawai Kementerian Kesihatan, Than Naing Soe kepada Xinhua.

    Wilayah Yangon mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 426, diikuti Negeri Mon dengan 282 kes dan wilayah Mandalay dengan 155 kes, katanya.

    Tiga kematian dicatat di wilayah Yangon, Ayeyarwady dan Bago, tambahnya.

    Gejala demam denggi termasuk demam panas secara tiba-tiba dan rasa tidak sihat, yang paling kerap menjejaskan kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun dan orang tua.

    Pegawai itu berkata langkah-langkah telah diambil untuk menangani penyakit itu, termasuk kempen meningkatkan kesedaran awam, menjalankan penyemburan anti-nyamuk di kawasan rumah dan memastikan klinik dan hospital bersedia untuk merawat pesakit demam denggi.

    Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 16,130 kes demam denggi dilaporkan pada 2023 di lima wilayah dan negeri, termasuk Yangon, Mon, Rakhine, Ayeyawady dan Nay Pyi Taw. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...