Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar rampas 2.2kg heroin

    YANGON, 1 OKT – Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 2.2 kg heroin dan 299,000 pil perangsang di wilayah dan negeri di negara itu, menurut Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) kelmarin.

    Menurut jawatankuasa itu, rampasan tersebut dibuat oleh polis antinarkotik di perbandaran Chanmyathazi di wilayah Mandalay, tengah Myanmar pada 27 September dan perbandaran Taunggyi di negeri Shan, timur Myanmar pada 28 September.

    Heroin itu telah dirampas di perbandaran Chanmyathazi, dan 299,000 pil perangsang telah dirampas di perbandaran Taunggyi.

    Para suspek didakwa mengikut Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik negara itu. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda