Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar rampas 3.98 juta pil perangsang

    YANGON, 25 OKT – Pihak berkuasa Myanmar merampas 3.98 juta pil perangsang di wilayah Yangon, selatan Myanmar, lapor Xinhua yang memetik akhbar harian Myanma Alinn hari ini, berdasarkan sumber polis.

    Laporan itu menyatakan polis antinarkotik memeriksa sebuah kenderaan di perbandaran Dagon Myothit (utara) di wilayah Yangon pada 14 Oktober dan merampas 300,000 pil perangsang.

    Pada malam yang sama, tambahan 3.68 juta pil perangsang yang berkaitan dengan kes itu dirampas di sebuah rumah di Dagon Myothit (selatan), menurut laporan berkenaan.

    Siasatan mendedahkan bahawa dadah itu sedang dipindahkan dari negeri Shan di selatan, katanya.

    Nilai dadah yang dirampas dianggarkan melebihi 3.98 bilion kyat (kira-kira AS$1.8 juta), menurut laporan itu. Lima suspek ditahan berkaitan kes itu.

    Suspek didakwa di bawah undang-undang dadah negara itu, dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda