Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar rampas narkotik bernilai lebih AS$7.5 juta

    YANGON, 17 FEB – Myanmar telah merampas sejumlah besar narkotik bernilai lebih 15.92 bilion kyat (lebih AS$7.5 juta) di negeri Shan, menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC).

    Narkotik yang dirampas ialah 580kg methamphetamine (ICE), 27.4 juta tablet perangsang, empat tan kafein dan bahan-bahan berkaitan termasuk empat buah kereta, menurut kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    Bertindak atas maklumat, polis anti-narkotik menyerbu dua buah rumah di bandar Tachilek di timur negeri Shan kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan pada 13 Februari dan merampas dadah narkotik itu, kenyataan itu menyatakan.

    Polis menahan seorang suspek bagi kes itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda