Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar sedia bawa pulang pelarian

    Kyaw Tint Swe (kiri) berjabat tangan dengan A. H Mahmood Ali menjelang mesyuarat di Dhaka pada 2 Oktober. – AFP

    DHAKA, 2 Okt – Menteri Myanmar hari ini mengusulkan untuk membawa pulang semula ratusan ribu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh selepas tindakan keras tentera, menurut diplomat tertinggi Dhaka.

    Namun tiada butiran mengenai rancangan repatriasi telah diberikan oleh Menteri Luar Negeri Bangladesh, A.H Mahmood Ali dan timbulnya skeptis meluas berhubung sama ada lebih 800,000 orang Islam Rohingya yang kini berada di Bangladesh itu akan pulang.

    Lebih daripada setengah juta telah tiba kira-kira lima minggu yang lalu selepas serangan militan di negeri Rakhine, Myanmar mencetuskan tindak balas ganas yang PBB katakan membawa kepada pembersihan etnik di negara yang didominasi penganut Buddha.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda