YANGON, 29 OGOS – Tentera Laut Myanmar akan menyertai latihan ketenteraan maritim bersama Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara minggu depan, kata seorang jurucakap semalam, kerja sama jarang berlaku walaupun sekatan Washington ke atas pegawai kanan tentera berhubung krisis Rohingya.
Penyertaan dalam latihan ketenteraan itu tidak melanggar larangan perjalanan AS ke atas ketua komander Myanmar dan tiga individu kanan kerana mengawasi kempen berdarah yang mendorong 740,000 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh dua tahun lalu.
Namun ada gesaan meningkat untuk mengasingkan lagi tentera, meluaskan sekatan dan menghukum pemimpin kanan atas tuduhan genosid terhadap minoriti tanpa negara itu.
Latihan itu dilakukan ketika pembabitan meningkat AS di rantau dan ketegangan antara China dan beberapa negara Asia Tenggara berhubung tuntutan di pulau bertelingkah Laut China Selatan.
“Kami dijemput sebagai sebahagian latihan bersama negara ASEAN,” kata jurucakap pejabat ketua komander Myanmar, Zaw Min Tun. Katanya, latihan itu bermula di Teluk Thailand pada 2 September memfokuskan jenayah, lanun dan keselamatan sementara larangan perjalanan adalah isu berasingan.
“Sekatan dilaksanakan berbentuk peribadi dan latihan ini adalah kerja sama antara ASEAN dan AS,” katanya. – AFP