Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Myanmar tahan 15 suspek penyeludupan kayu balak

    YANGON, 4 JULAI – Pihak berkuasa Myanmar menahan 15 suspek yang terlibat dalam penyeludupan kayu di seluruh negara dalam tempoh seminggu lalu, lapor akhbar rasmi, The Mirror, hari ini.

    Dari 24 hingga 30 Jun, pihak berkuasa telah menahan suspek dan merampas 58.16 tan pelbagai jenis kayu serta empat kenderaan dan mesin, menurut laporan tersebut.

    Kayu balak yang dirampas termasuk 20.74 tan kayu jati, 2.09 tan kayu keras dan 35.33 tan kayu balak jenis lain.

    Jabatan Perhutanan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar telah giat membanteras pembalakan dan perdagangan haram produk-produk hutan melalui pelbagai cara, tambah laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...