Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar: Tentera berundur ‘demi keselamatan rakyat’

    YANGON, 6 OGOS – Tentera Myanmar berundur dari beberapa kedudukan berhampiran sempadan China untuk mengutamakan “keselamatan rakyat,” kata ketua junta, beberapa hari selepas pakatan kumpulan bersenjata etnik berkata mereka telah menumpaskan tentera kerajaan di kawasan itu.

    Negeri Shan di timur Myanmar telah digemparkan dengan pertempuran-pertempuran sejak akhir Jun apabila Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) memperbaharui serangan terhadap tentera di sepanjang lebuh raya perdagangan utama ke China.

    “Berkenaan situasi di Negeri Shan, pasukan keselamatan berundur dari kedudukan mereka dengan mempertimbangkan keselamatan kawasan-kawasan semasa dan keselamatan orang ramai,” kata Min Aung Hlaing dalam ucapan di televisyen negara, malam tadi.

    “Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan keamanan dan kestabilan – bukan sahaja di Negeri Shan, tetapi seluruh negara,” tambahnya.

    Komennya dibuat beberapa hari selepas MNDAA berkata, ia telah menawan pusat tentera serantau selepas beberapa minggu pertempuran, dalam tamparan hebat kepada junta.

    Pejuang-pejuang perikatan “menawan sepenuhnya ibu pejabat komando tentera timur laut” di Lashio, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan Sabtu lalu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda