YANGON, 27 DIS – Myanmar menerima 977,154 pelancong asing dalam tempoh 11 bulan pertama 2024, kata seorang pegawai dari Kementerian Hotel dan Pelancongan kepada Xinhua kelmarin.
Kedatangan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang mengunjungi negara itu dalam tempoh yang sama tahun lalu, tambahnya.
Sumber utama pelancong asing ke Myanmar adalah dari China, Thailand, Jepun dan India.
Pada tahun 2023, 1.28 juta pelancong asing mengunjungi Myanmar, menurut Kementerian Hotel dan Pelancongan. – Xinhua