Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Myanmar tetapkan kawasan baharu hutan dilindungi

YANGON, 19 MAC – Kerajaan Myanmar telah menetapkan kawasan hutan baharu yang dilindungi di wilayah barat daerah Katha di Sagaing.

Kementerian Sumber-sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar minggu lalu menetapkan kawasan seluas lebih 550 hektar sebagai hutan awam dilindungi “Gahe-2”, di Perbandaran Indaw, Katha.

Langkah itu bertujuan untuk memulihara kawasan tadahan air untuk tanah ladang bagi penduduk tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka dan melindungi biodiversiti, menurut kementerian itu.

Di atas tanah di kawasan berkenaan tumbuh pelbagai jenis kayu keras Myanmar dan terdapat padang rumput yang luas untuk haiwan liar.

Negara Asia Tenggara itu menjangkakan untuk mewujudkan 30 peratus daripada jumlah kawasannya sebagai hutan simpan dan 10 peratus sebagai kawasan perlindungan, menurut laporan media tempatan. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -