DHAKA, 30 OGOS – Bangladesh menuduh Myanmar seolah-olah ‘tidak bersungguh-sungguh’ menerima kembali pelarian Rohingya, ketika pertikaian kedua-dua negara itu kian hangat ekoran kegagalan terbaharu penghantaran pulang minoriti Muslim tanpa kewarganegaraan terbabit.
Minggu lalu, cubaan terbaharu menghantar pulang pelarian Myanmar gagal sehingga tiada seorang pun pelarian muncul untuk melintasi sempadan ke negeri terjejas konflik di Rakhine. – AFP