Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MyCEB, Astindo jalin perkongsian strategik

    JAKARTA, 18 JAN – Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Persatuan Ejen Pelancongan Indonesia (Astindo) untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor acara perniagaan (BE).

    Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik melahirkan keyakinan bahawa hubungan itu akan memperkasakan kedua-dua pihak untuk mencapai objektif yang bermanfaat kepada Malaysia dan Indonesia.

    “Objektif berkenaan turut melibatkan pemulihan industri acara perniagaan kedua-dua negara, memudahkan pertukaran pengetahuan dan meneroka peluang untuk kerjasama perniagaan lain,” katanya.

    Azman berkata MoC juga menggariskan bidang kerjasama, antaranya usaha pemasaran bersama untuk sektor acara perniagaan dan pertukaran maklumat pasaran mengenai kempen, inisiatif, program dan projek untuk membangunkan bersama.

    Sementara itu, Presiden Astindo Pauline Suharno pula berharap dapat menjana keuntungan dan menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem yang dinamik dan berdaya tahan yang akan memacu pertumbuhan industri di kedua-dua wilayah. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda