SYDNEY, 2 Nov – Dianggarkan sehingga 6,000 pekerjaan akan dibuang dalam penyusunan semula besar-besaran di Bank Nasional Australia (NAB), kata pemberi pinjaman itu hari ini selepas mencatat keuntungan bersih tahunan berjumlah Aus$5.28 bilion.
Jawatan akan dipecat tatkala bank mengautomatikkan dan memudahkan perniagaannya untuk membentuk semula demi menghadapi masa depan digital. Kira-kira 2,000 pekerjaan baru akan diwujudkan.
“Ini akan membawa kepada pengurangan kakitangan yang kini disasarkan pada kira-kira 4,000 orang pada akhir tahun 2020,” katanya. Bank tersebut kini mempunyai 33,600 pekerja.
Ketua eksekutif Andrew Thorburn berkata seluruh industri perbankan menerima tekanan untuk membentuk semula tenaga kerjanya.
“Tatkala urus niaga beralih kepada saluran digital dan ia didorong oleh pelanggan kami, kami akan memerlukan kurang orang,” kata beliau, sementara membayangkan penutupan cawangan.
Kos penyusunan semula, sekali gus yang berkaitan dengan pekerja lebihan di antara Aus$500 juta dan Aus$800 juta dijangka muncul dalam keputusan separuh tahun pertama bank.
Pembaikpulih berlaku dengan keuntungan bersih bank berpulih dalam tahun sehingga 30 September daripada hanya Aus$352 juta dalam tempoh yang sama sebelum ini apabila ia terjejas akibat penurunan nilai untuk aset yang mengalami kerugian.
Ia termasuk penjualan bank Britain Clydesdale dan kebanyakan perniagaan insurans nyawanya kepada Nippon Jepun.
Keuntungan tunai, langkah pilihan industri kewangan yang melucutkan barangan tidak stabil, naik 2.5 peratus pada Aus$6.64 bilion, sejajar dengan jangkaan.
Bank membayar dividen sebanyak 99 sen Aus, menyamai apa yang diterima oleh pemegang saham pada separuh tahun pertama.
Bayaran hutang lapuk dan ragu meningkat 1.3 peratus kepada Aus$810 juta, sementara pendapatan bertambah 2.7 peratus. Saham NAB berakhir 2.83 peratus lebih rendah pada Aus$31.95. – AFP