Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabil Ahmad menangis dapat surat gantung tugas

    Pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mendedahkan dirinya hilang kata-kata sehingga menitiskan air mata apabila menerima surat digantung tugas gara-gara kontroversi video didakwa mempersenda agama.

    Cerita Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 39, ketika menerima makluman tersebut dia menyangka kerjayanya sebagai penyampai radio sudah berakhir .

    “Saya dapat surat direhatkan selepas kami keluar dari (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman. Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.

    “Saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (karier)?.

    “Saya harung jatuh dan bangun itu sendiri tapi bila sampai surat, hancur saya jadinya,” katanya semasa menjadi tetamu di podcast AididitMyWay yang dikendalikan Aidid Marcello.

    Menurut Nabil, perkara utama yang bermain di fikirannya ketika itu adalah nasib tiga orang anaknya.

    Ini kerana, dia benar-benar memberikan tumpuan kepada kerjaya berkenaan dan tidak mempunyai pendapatan sampingan lain.

    “Saya tak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau saya yang mohon cuti. Tetapi kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.

    “Anak-anak juga tengah membesar, dapat surat macam itu memang mental. Saya macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya.

    “Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. Karier ini memang tak ada back up,” luahnya.

    Pada 5 Mac lalu, Nabil bersama dua lagi penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dan Radin dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan penularan video mendakwa mereka mempersenda upacara agama lain.

    Pihak Astro Audio pula dalam tindakan segera merehatkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut sehingga siasatan kes selesai.

    Kes itu bagaimanapun sudah selesai dan pengendali stesen radio Era iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun sebanyak RM250,000. – Agensi

    Nabil kongsi semula kenangan menerima surat direhatkan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda