KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berasa bimbang sekiranya gagal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di karpet merah Anugerah Akademi ke 89 (Oskar) yang akan berlangsung di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada 27 Februari ini. Nabil, 33, berkata, dia risau jika tidak berpeluang untuk menemuramah beberapa nama besar Hollywood yang turut berada pada malam anugerah tersebut.