Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabil minta masyarakat jaga lisan

    Reaksi negatif dilemparkan segelintir masyarakat terhadap golongan selebriti wanita yang membuka tudung menimbulkan kebimbangan buat pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad.

    Nabil atau Ahmad Nabil bin Ahmad, 40, berkata, setiap individu diuji dengan perkara berbeza merasakan orang ramai jangan cepat menjatuhkan hukum ke atas kekhilafan dilakukan mereka, kongsi mStar.

    Sebaliknya Nabil menasihatkan masyarakat menjaga percakapan kerana bimbang keburukan itu berbalik kepada diri sendiri.

    “Kita semua ada ujian masing-masing. Kita ada dugaan, iman ini bukan setakat turut naik, tetapi kadang-kadang sampai boleh terkeluar daripada diri kita.

    “Maknanya apabila seseorang manusia itu diuji, kita jangan mencemuhnya. Kita tidak pernah tahu jika ahli keluarga kita sendiri pun boleh berubah.

    “Orang yang suka menghakimi wanita gagal istiqamah menutup aurat, jagalah percakapan kita.

    “Jangan cepat menghakimi,” katanya kepada mStar.

    Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-25 radio Era yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Nabil berkata, sebagai saudara Islam, kita sepatutnya mendoakan mereka yang diuji semoga kembali ke jalan yang benar dan bukannya melontarkan kata cercaan yang membuatkan seseorang itu terus hanyut. – Agensi

    Nabil seru masyarakat untuk henti sikap menghakimi orang lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda