Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila bimbang kehadiran orang ketiga

    Bergelar isteri sejak tiga minggu lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui bimbang kehadiran orang ketiga yang mampu merosakkan hubungannya bersama suami.

    Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, berkata, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin demi keharmonian rumah tangga yang dibina.

    “Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada kesilapan. Kita manusia selalu khilaf. Tipulah kalau kita tidak takut.

    “Tetapi saya percaya dengan apa jua yang sudah dirancang Allah. Saya dengan dia (suami) pun faham antara satu sama lain.

    “Apa yang terjadi pada masa akan datang kita tidak boleh nak kawal.

    “Kita hanya boleh buat sebaik mungkin dan saya nak galas tugas itu dengan baik, itu sahaja,” katanya kepada mStar.

    Meskipun bimbang kewujudan perosak rumah tangga, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagaimanapun berkata dia sama sekali tidak akan mengawal aktiviti media sosial suaminya, Nik Iruwan.

    “Siapa yang mengenali saya, saya bukan begitu. Kita tidak boleh kawal semua benda.

    “Walaupun kita kawal, tapi benda nak jadi, dia akan jadi juga. Saya harap semua doakan saya dan suami kekal hingga ke jannah,” ujarnya. – Agensi

    Nabila Razali cuba sedaya upaya jalankan tanggungjawab sebagai isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda