Kesungguhan dan komitmen pelakon Nabila Huda dalam mempersiapkan diri setiap kali membintangi naskhah terbaharu sering menerima pujian ramai.
Tampil berbeza kali ini, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, memberitahu dia sanggup mencukur nipis keningnya semata-mata bagi memenuhi tuntutan watak yang perlu dibawa dalam drama terbaharu.
“Macam biasalah korang semua tahu, setiap kali ada karakter baharu, saya memang akan bersungguh-sungguh!
“Saya sanggup cukur kening halus sikit demi Suraya (watak berkenaan),” katanya menerusi satu hantaran di Intasgram hari ini.
Berserta kapsyen, Nabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang membeli busana yang perlu dikenakan sepanjang penggambaran drama terbaharu berjudul Dari Rahim Yang Sama.
Dalam pada itu, Nabila mengakui persiapan untuk menjalani pengambaran drama rantaian lebih sukar berbanding filem terutamanya daripada segi penampilan.
Kata Nabila, dia sangat menitikberatkan soal pemilihan pakaian kerana mahu menampilkan kelainan untuk setiap episod, kongsi mStar.
“Persiapan untuk drama 15 episod lain pulak dengan lfiem, kena extra effort sikit sebab kena cari wardrobe banyak.
“Paling penting kena ada graf untuk perubahan watak dari episod satu sampailah terakhir.
“Jadi taklah bosan gitu je rupa dia kan? Sebab tu penting untuk faham karakter and jalan cerita,” jelasnya. – Agensi