Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila dedah kisah putus cinta

    Nyata percaturan penyanyi Nabila Razali berjinak-jinak dalam dunia penulisan lagu tidak sia-sia apabila karya nukilan pertama berjudul Putus meraih perhatian.

    Lari daripada kebiasaan genre berentak rancak, Nabila mempertaruhkan lagu balada yang cukup menyentuh hati. Single Putus dihasilkan bersama komposer Singapura, Erwin Purnama.

    Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali berkata, single Putus dihasilkan kira-kira sebulan lalu.

    “Saya teruja mencuba sesuatu yang baharu selepas lapan tahun bergelar penyanyi. Sudah masanya saya menerokai cabang baharu dalam muzik.

    “Saya bersyukur Erwin banyak memberi tunjuk ajar. Saya berharap peminat dapat menerima single Putus, apatah lagi, ia sangat berbeza dengan single terdahulu,” katanya.

    Single Putus menjadi hadiah istimewa Nabila buat peminat setia yang melihat jatuh dan bangunnya dalam industri seni. – Agensi

    Kali terakhir, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pada 2013 ini muncul dengan single Peluang Kedua yang seterusnya menyemarakkan kerjaya seni termasuk dihimpit pelbagai kontroversi.

    “Tidak dinafikan, single Peluang Kedua membuka lebih ruang dalam kanvas seni saya. Ada suka dan duka.

    “Paling bermakna, single itu mencatat kejayaan luar biasa apabila menerima 2x platinum. Namun, jauh di sudut hati saya juga berharap single Putus memberi anjakan kepada kerjaya seni.

    “Single Putus umpama kesi-nambungan lagu Peluang Kedua. Ia bererti tiada lagi peluang seterusnya, berpisah adalah jalan yang terbaik. “Ini juga pengakhiran kesinambungan lagu Peluang Kedua,” katanya.

    Kata Nabila, single Putus mengisahkan percintaan yang berakhir dengan perpisahan.

    Namun, Nabila tidak berselindung, karya berkenaan mempunyai kaitan dengannya.

    “Saya rasa kita semua pernah melalui kesakitan dalam percintaan ketika putus cinta. Saya juga tidak terkecuali.

    “Pengalaman lalu sedikit sebanyak membantu saya menyerap emosi ketika menyanyikan single Putus ini. Tiada apa yang mampu dilakukan selain reda atas ketentuan takdir,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda