Nabila gementar jumpa Fahrin

Bakat lakonan Nabila Razali makin mendapat tempat dalam hati produksi drama tanah air dan wajahnya bersilih ganti muncul di televisyen (TV).

Baru selesai drama rantaian Seindah 7 Warna Pelangi yang mengisi slot Akasia di TV3, April lalu, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal muncul dengan drama rantaian terbaharu, Kebaya Kasut Kanvas.

Bagaimanapun, bagi Nabila, itu bukan bermakna dia semakin selesa sehingga meletakkan kerjaya nyanyiannya di tangga kedua. Sebaliknya, tambah wanita berusia 28 tahun itu, kerjaya nyanyian dan lakonan seiring kerana dia gemar mencuba sesuatu yang baharu.

Namun, Nabila yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013, menafikan dia semakin ligat menerima tawaran lakonan disebabkan kerjaya nyanyian yang terjejas akibat penularan COVID-19.

“Memang disebabkan Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) undangan nyanyian tergendala dan tertangguh. Saya percaya setiap orang terkesan akibat daripada PKP. Namun, ia bukan menjadi alasan kenapa saya semakin aktif berlakon.

“Sepanjang PKP, saya aktif dengan kerjaya nyanyian yang kebanyakan dilakukan dari rumah. Cuma peluang berlakon ini saya ambil demi untuk pengalaman.

“Malah, dalam sibuk berlakon, saya sempat melancarkan single Peluang Kedua dan video muziknya akan menyusul tidak lama lagi,” katanya kepada media.

Membawa watak Suria dalam drama Kebaya Kasut Kanvas arahan Emi Suffian, Nabila mengaku gementar apabila mengetahui bakal bergan-ding dengan pelakon berpengalaman seperti Fahrin Ahmad dalam produk rantaian 10 episod itu. – Agensi

Membawa watak Suria dalam drama Kebaya Kasut Kanvas, Nabila mengaku gementar apabila mengetahui bakal berganding dengan Fahrin Ahmad dalam produk rantaian 10 episod itu. – Agensi