Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Huda pertahan hak wanita

    Isu curang atau poligami yang hangat diperkatakan dalam media sosial sejak akhir-akhir ini, mendorong pelakon Nabila Huda, 39, tampil bersuara mempertahankan hak wanita.

    Menerusi entri di X (Twitter), bintang filem Rahsia ini menyelar tindakan segelintir suami yang didakwa menggunakan alasan poligami sebagai ‘modus operandi’ membenarkan perbuatan curang.

    “Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain daripada pasa-ngan sendiri, lebih baik jangan kahwin dahulu.

    “Berseronoklah dahulu sepuas-puasnya! Kalau rasa sudah betul-betul bersedia hendak jadi seorang suami setia pada satu-satunya isteri, baru kahwin. Semudah itu,” luahnya.

    Nabila berkata, tiada dalam kamus mana-mana wanita untuk berkongsi pasangan hidup dengan orang lain.

    “Untuk makluman, kami (wanita) tidak berkongsi. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain.

    “Jika awda milik saya, maka saya punya, awda hanya untuk saya. Kami hanya perlukan seorang lelaki dan mahu menjadi hanya seorang wanita yang dimilikinya,” tulisnya.

    Sejak beberapa hari lalu, tular dalam pelbagai platform media sosial mengenai kecurangan seorang pempengaruh yang berpoligami biarpun pernah berjanji untuk setia dengan isteri pertamanya. – Agensi

    Bagi Nabila, tiada dalam kamus mana-mana wanita untuk berkongsi pasangan hidup dengan orang lain. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda