Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nabila Huda tak putus doa diberi rezeki anak

    Doa diberikan zuriat tidak pernah putus meniti di bibir pelakon Nabila Huda termasuk setiap kali diminta membuat ‘wish’pada sambutan ulang tahun kelahirannya.

    Memetik dari mStar, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun beliau berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah.

    Bagaimanapun katanya, sebagai manusia biasa beliau reda sekiranya belum diberikan rezeki cahaya mata dan akan terus berusaha dan berdoa.

    “Semoga saya dipanjangkan usia untuk merasa setidak-tidaknya dua orang anak lagi. Kalau tak dapat dua, satu pun jadilah.

    “Setiap tahun apabila orang beri kek hari jadi dan minta saya buat wish, itulah hasrat saya… Inginkan cahaya mata.

    “Sejak tahun pertama berkahwin dengan Mohd Izwan, itu belum kira doa setiap hari lagi tapi belum ada rezeki,” katanya.

    Nabila berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di laman sosial X (Twitter) miliknya.

    Dalam pada itu, Nabila memberitahu beliau seakan tidak percaya usianya bakal mencecah 40 tahun selain terfikir bagaimana kehidupannya nanti.

    Kata Nabila, beliau berazam untuk mengambil lebih banyak makanan sihat bagi mendapatkan kehidupan lebih baik pada usia 40-an.

    “Dah nak masuk umur 40 tahun depan? Bagaimanalah kehidupan selepas umur 40 ya? Mesti dah makin lupa skrip… Sekarang pun baca ulang sampai 10 kali baru nak ingat.

    “Teruklah! Saya rasa perlu makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Okay, itu azam 2024 dan saya mahu lebih banyak cahaya mata,” ujarnya.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan, 40, pada 25 Disember 2015.

    Anak penyanyi Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search itu sebelum itu pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun. – Agensi

    Nabila Huda tidak pernah berputus asa memohon doa dikurniakan cahaya mata lagi. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...