Sejak kebelakangan ini, pelakon Nabila Huda memberitahu dia seperti hilang semangat untuk berkongsi tentang kehidupan hariannya di media sosial.
Semuanya serba tidak kena, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata dia turut berasa malas untuk keluar dan bertemu orang ramai.
Malah dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan kucing peliharaannya di rumah.
“Tak tahulah, kebelakangan ini saya tengah mood malas dengan semua benda. Saya macam benci… tengok media sosial pun saya rasa mual.
“Rasa rengsek dengan semua benda. Malas nak jumpa orang. Malas nak bercakap.
“Saya hanya mahu duduk rumah dan lepak dengan kucing dan keluarga… Itu saja yang buat saya bahagia,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.
Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video sedang memasak hidangan pasta, kongsi mStar.
Dalam pada itu, Nabila mengakui tidak pasti sekiranya faktor usia atau perubahan tabiat makan menjadi punca timbulnya perasan demikian.
Tambahan pula dia kini sedang berdiet demi menjayakan watak untuk karya terbaharunya. – Agensi