Pelakon Malaysia, Nabila Huda tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya iaitu penyanyi Datuk Amy Search.
Nabila atau mesra disapa Abil, 41, menjelaskan orang ramai salah faham dan membuat andaian sendiri mengenai hubungan mereka yang dilihat sentiasa dingin.
“Saya sebenarnya tiada masalah atau bergaduh dengan papa saya daripada dulu sampai sekarang.
“Cuma orang salah anggap ingat kami selalu bergaduh,” katanya kepada mStar.
Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Gayong yang diadakan di GSC Midvalley, Bangsar, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa jijik apabila nama ibu tirinya iaitu Nourish Hassan disebut-sebut ada kaitan dengan konflik yang berlaku.
Sebaliknya Nabila lebih selesa memanggil Nourish sebagai ‘perempuan itu’ dan hanya mempunyai seorang ibu.
“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status tu. Saya cuma ada seorang emak dan dia ialah cinta pertama papa saya.
“Mungkin saya hanya boleh panggil dia perempuan itu?” ujarnya.
Dalam pada itu, Nabila tanpa berselindung mendakwa dia tahu segala rahsia yang disimpan Nourish selama ini.
Tidak pernah berniat merampas harta bapa sendiri, kata Nabila, dia berharap Nourish membuang sifat cemburu kerana apa diingin-kan aktres itu hanyalah kasih sayang daripada seorang bapa. – Agensi