Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila kesal ruang VIP disalah guna

    Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir golongan kenamaan (VIP) yang menyalahgunakan kemudahan ruang khas di Zepp Kuala Lumpur.

    Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, terdapat golongan itu yang membuang puntung rokok di merata tempat termasuk di atas karpet, kongsi mStar.

    Disebabkan itu, ruang khas disediakan untuk merokok ditutup dan tidak boleh digunakan lagi.

    “Zepp ini dulu paling best sebab dia sediakan bilik rokok untuk semua. Memang tip top sebab dia terancang dengan baik dengan tempat dia.

    “Tapi disebabkan VIP cuai yang bayar dekat box (ruang VIP) ini pergi merokok dalam bilik dan buang dekat karpet, terus ruangan merokok tutup. Tiada sivik,” luahnya.

    Nabila meluahkan kekesalannya itu menerusi hantaran di laman sosial X kelmarin.

    Menerusi ciapan berbeza, pelakon itu turut meluahkan rasa kesal apabila pengunjung tempat itu tidak menggunakan kemudahan dengan sebaiknya.

    Zepp Kuala Lumpur yang dibuka sejak 2022, adalah sebuah ruang konsert yang boleh memuatkan 2,500 penonton dalam satu masa termasuk tempat berdiri, duduk serta kotak VIP.

    Ia memang pilihan dalam kalangan penyanyi tempatan dan antarabangsa bagi mengadakan konsert bersaiz sederhana. – Agensi

    Nabila Huda berang apabila VIP salah guna bilik untuk merokok. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda